Kandungan Menarik!

Karya Penulis Bebas

Ini merupakan antara karya penulis yang telah berkongsi karya mereka kepada kami. Ayuh selongkar!. [...]

Jemputan Penulis

Wasaber yang berminat untuk berkongsi karya menarik untuk dikongsikan sesama Wasaber tidak kiralah sama ada karya cerpen, novel berepisod, puisi, sajak, pantun atau apa sahaja. Sila kongsikan dengan kami. Kami nantikan karya unggul anda!. [...]

Anizah Pulang Berhari Raya

Kisah anak muda yang belajar sampai ke Institusi Pengajian Tinggi. Melayan karenah rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu. [...]

Kisah Aku, Karim dan Admin

Pertemuan 3 jejaka. Tanpa diduga, tanpa dirancang. Akhirnya bertemu dalam keadaan yang tidak tersangkakan. Baca selanjutnya untuk mengetahui kisahnya. [...]

Entri Terbaru

2

Puisi Tahun Baru

Alfian J. ,
Kemarin
Aku masih berdiri di sini
Ya sini

Di bawah jejantas
Berkembar dua
Pada tahun 2011

Tapi 5 hari selepas
Aku juga masih disini
Tapi di tahun 2012

Berdiri tanpa sebarang kata
Kelu.


Wasaber,
Anwar T.
http://niscakata.blogspot.com/
9

Cinta ku di rampas si vespa merah

Farhan duduk termangu di muka pintu. Wajahnya tampak sedih. Entah apa yang bermain difikirannya. Makan, tak lalu. Minum, masih dahaga. Tidurnya jarang lena. Mandinya, separuh badan saja basah. Runsing ayahnya si Aki melihat keadaan anak tunggalnya itu. Lalu si Aki pun bertanya pada isterinya, makcik Cahya Cahyu apa masalah anak tunggal mereka itu. Tapi, makcik Cahya Cahyu angkat bahu saja tahunya. Lagaknya macam orang bisu. Ditanya sekali angkat bahu dua kali. Hampir saja si Aki naik darah. Nasib baiklah Mickenderson tiba-tiba datang mengajak si Aki pergi memancing. Kalau tidak, berdesing teling makcik Cahya Cahyu petang-petang begini.

"Aku hairanlah anak aku tu, muram saja sekarang ni." Si Aki meluahkan perasaannya kepada Mickenderson ketika dalam perjalanan menuju ke sebatang sungai tidak jauh dari rumah si Aki.

"Anak ko si Farhan tu?"

"Iyalah. Anak aku mana lagi? Itu saja satu-satunya anak aku."

"Laa...kau nda tahu kah Aki, anak kau tu putus cinta? Itulah pasal."

"Putus cinta? Hishh! kau ni. Dia putus cinta dengan siapa pulak?"

"Laa...bapak apa lah kau ni. Anak bercinta dengan siapa pun kau nda tahu. Satu kampung tahu, kau nda tahu. Tu dengan perempuan anak ketua kampung tu lah.Si...si..si...Mimi kah namanya."

Si Aki mematikan langkahannya. Dia berpatah balik menuju ke rumah dengan tergesa-gesa. Mickenderson terkebil-kebil kehairanan.

"Farhan!! Farhan!!" Si Aki terpekik-pekik memanggil nama anaknya setibanya dia di rumah. Makcik Cahya Cahyu bergegas menuju ke ruang tamu dari dapur.

"Wat hepen, Akinya?"

"Farhan. Farhan mana?"

Makcik Cahya Cahyu angkat bahu. Si Aki tiba-tiba jadi panas.

"Kau ni Cahya Cahyu, semua kau angkat bahu. Apa kena dengan kau ni?" Si Aki melenting. makcik Cahya Cahyu angkat bahu lagi.

"Kenapa bapak?" Farhan muncul di muka pintu biliknya dengan wajah yang tiada semangat.

"Aku dengar kau putus cinta dengan anak ketua kampung, si Mimi tu, betul?" Wajah si Aki serius dan garang memandang Farhan. Farhan jadi menikus.

"Be..be..betul bapak."

"Ha!! Pasal apa kau putus dengan dia?"

"Err..err..."

"Jawab!!"

"Dia....pilih orang lain bapak." Farhan menjawab terketar-ketar.

"Dia pilih orang lain? Siapa dia pilih? Kenapa dia pilih orang lain.Cis!! Apa kurangnya kau?"

"Nda tahulah bapak. Dia kata, dia lebih suka sama lelaki yang pakai motor vespa merah tu."

"Lelaki pakai vespa merah? Kenapa kau tidak cakap awal-awal? Bapak kasi beli kau sepuluh biji vespa kalau pasal vespa saja. Mari, kita pergi rumah ketua kampung ambil balik cinta kau itu."

Maka bergeraklah si Aki dengan anak lelaki tunggal kesayangannya menuju ke rumah ketua kampung dengan menaiki sebuah kereta pacuan empat roda. Dalam perjalanan, kereta pacuan empat roda si Aki berselisih dengan sebuah motor vespa warna merah.

"Bapak!! itulah lelaki tu." Teriak Farhan di tepi si Aki. Si Aki kucar kacir mengawal stereng kereta dan membuat pusingan U di jalan satu hala. Pantas mengejar vespa merah. Hon kereta pacuan empat roda membingit.

Vespa merah yang ditunggang oleh seorang pemuda, memperlahankan vespanya dan berhenti di bahu jalan. Kereta pacuan empat roda pun turut sama berhenti. Si Aki dan anak tunggalnya Farhan bergegas turun dari kereta dan melangkah mendekati pemuda di atas vespa merah.

"Hoi!! kau orang mana?" sergah si Aki pada pemuda vespa merah berhelmet gelap.

"Saya orang kampung sebelah, pakcik. Kenapa?" pemuda vespa merah membuka helmetnya.

Memandang wajah pemuda vespa merah, si Aki terdiam. Si Aki memandang wajah anaknya. Kemudian pandang semula wajah pemuda vespa merah.

"Oh, kampung sebelah. Ingatkan orang sini. Ndapalah, pakcik salah orang sebenarnya." si Aki berundur dan kembali menuju kereta pacuan empat rodanya. Farhan menurut dari belakang. Pemuda vespa merah memakai semula helmet ke kepalanya. Dan mula bergerak pergi.

"Kenapa bapak cakap salah orang? Betullah tu dia lelaki tu."

"Anak, bapak rasa grilpren kamu tu pilih dia buka pasal vespa merah saja, nak."

"Ha?? Habis pasal apa lagi?"

"Entahlah, nak. Kadang-kadang dunia ni memang nda adil. Kau carilah permpuan lain. Anak ketua kampung tu bapak rasa-rasa nda bagus punya perangai tu. Mau yang ensom-ensom saja."

Farhan terdiam. Kecil hati.


1

Gadis Kampungan

Alfian J. ,
Aku hanya gadis kampung
Yang tidak biasa hidup mewah
Tidak biasa bilik berpenghawa dingin
Tidak biasa tidur di tilam empuk

Aku hanya gadis kampung
Yang tidak punya apa-apa
Tidak punya harta berjuta
Tidak punya wajah jelita

Aku hanya gadis kampung
Yang hidup serba sederhana
Tidak perlu rumah sebesar istana
Tidak perlu motokar mewah
Tidak perlu intan permata

Tetapi...
Sungguhpun aku hanya gadis kampungan
Aku punya sesuatu...
Yang mungkin tidak ada pada gadis bukan kampungan
Atau dipanggil metropolitan
Aku punya sekeping hati
Yang penuh dengan CINTA
Buat menjadi aset di sepanjang perjalanan
Menuju Yang Maha Esa
Di penghujung sana.


Nota: tidak hairan dengan shawl atau hana tajima.

 
© 2011 Hakcipta Terpelihara | Laman Utama | Daftar | Wasaber | CRB! | Forum
| Revive by Blogger Bits